MEMILIH STICKER YANG SESUAI UNTUK PRODUK
Sticker memainkan peranan penting dalam menaikkan seri produk. Tanpa sticker, produk boleh diibaratkan seperti muka tanpa wajah. Pemilihan sticker yang tepat dan sesuai dengan produk mampu menaikkan penampilan produk. Kali ini kami akan kongsikan antara 3 jenis sticker yang sering menjadi pilihan.
MIRRORCOAT STICKER
Sticker mirrorcoat adalah sticker yang paling banyak mendapat permintaan kerana kosnya yang murah. Disebabkan bahan yang digunakan adalah kertas, sebaiknya sticker ini digunakan pada produk atau permukaan yang kering dan tidak basah supaya tahan lebih lama.
TRANSPARENT STICKER
Transparent Sticker menjadi pilihan bagi mereka yang inginkan produk nampak lebih elegan disebabkan sifat bahannya yang telus. Sticker ini amat sesuai digunakan pada produk yang menggunakan botol plastik atau kaca seperti produk kosmetik. Nak lagi mengancam boleh tambah lagi kemasan “Hot Stamping” supaya nampak lebih premium.
WHITE PP STICKER
White PP Sticker merupakan antara sticker yang tahan lasak disebabkan bahannya dari PVC dan sesuai untuk digunakan pada produk yang perlu disimpan di tempat yang basah atau sejuk beku. Sebagai contoh produk mandian dan aiskrim.
Jadi, anda dah tahu jenis sticker yang sesuai untuk produk anda? Jika belum jangan risau, Klik button Whatsapp di bawah untuk berhubung dengan staff jualan kami.