10 Tips Menjimatkan Kos Perkahwinan
Assalamualaikum WBT..
Baru-baru ini saya mendapat beberapa pertanyaan daripada kawan-kawan mengenai tips dan teknik untuk jimatkan kos untuk kad jemputan perkahwinan amnya dan majlis perkahwinan itu sendiri.
Di sini saya ingin kongsikan 10 tips untuk bakal-bakal pengantin untuk menjimatkan kos perkahwinan mereka.
1. Tidak kepada RSVP.
Kebiasaannya RSVP dibuat berasingan dari kad jemputan dengan harapan tetamu akan respon kepada kita untuk hadir atau tidak.
Soalan saya, adakah kawan-kawan rapat anda akan respon kepada RSVP ini sedangkan mereka sudah ‘confirm’ untuk hadir. Bagi pendapat saya, ini salah satu pembaziran ‘minor’ dan melibatkan kos kepada kad jemputan anda.
2. Senaraikan tetamu anda.
Sebelum kad ditempah, sebaiknya menyenaraikan kawan-kawan terdekat dan saudara-mara terdekat dahulu untuk memastikan jumlah sebenar kad. Gagal berbuat demikian mungkin akan menyebabkan lebihan kadjemputan Perkahwinan untuk majlis anda.
3. DIY.
Membuat sendiri kad adalah satu tips yang mungkin ada dalam fikiran tapi bagaimana. Caranya mudah, di kedai-kedai buku terdapat pelbagai jenis kertas seperti glossy paper, Art Paper dan sebagainya.
Design Kad Kahwinnya macam mana? Kalau anda tidak tahu macam mana nak design, saya cadangkan mendapatkan idea dan pertolongan dari kawan-kawan untuk design. Cetakan macam mana?Gunakanlah printer yg anda ada!Jimatkan?.. Ada juga syarikat percetakan digital yg menyediakan perkhidmatan cetakan murah, boleh google ” cetakan digital murah”. Nanti kalau ada org cakap, “apela print kad sendiri”. takpelah, Kita cuma nak jimatkan cost. 🙂
4. Hantar E-Card & Facebook invitation | Kad Jemputan Kahwin Murah.
Cara ini agak kreatif dan dapat menjimatkan kos perkahwinan anda. Di sini saya senaraikan beberapa laman web pilihan untuk membuat ecard:
- http://www.purpletrail.com
- http://www.123greetings.com
- http://www.care2.com
- http://www.bluemountain.com
- http://www1.egreetings.com
- http://www.dgreetings.com
- http://www.ecards.co.uk
- http://www.punchbowl.com
- http://www.pingg.com/gallery/collection/free-designs
- http://myinvites.com/site/e-cards/browse.aspx
..dan ada beberapa lagi yang mungkin boleh anda google..
Facebook invitation adalah medium yang pantas untuk memperolehi bilangan tetamu yang hadir. Ini penting untuk mendapatkan bilangan sebenar tetamu sebelum membuat keputusan untuk membuat cetakan kad.
Tips: ada sesetengah ecard ni boleh tambah audio/suara, ini akan lebih menarik dan tetamu akan lebih rasa dihargai (appreciation) atas jemputan tersebut.
5. Beli di kedai jualan borong.
Saya selalu ke Nilai untuk melihat barang-barang perkahwinan secara borong. Harga memang jauh lebih murah dan yang paling penting ‘negotiable’. Kalau di Kuala Lumpur, ada beberapa pusat jualan borong seperti di Plaza GM, Kenanga dan sebagainya. Bezakan harga antara beberapa kedai sebelum membuat keputusan untuk membeli.
6. 1 kad untuk 2.
Ya betul, 1 kad untuk 2 jemputan dapat menjimatkan kos jemputan perkahwinan anda. Olahan pada kertas A4 yg dilipat beberapa folding untuk membahagikan kepada 4 kolum yg terdiri dari 2 jemputan (Lelaki & Perempuan) dan 2 peta (Lelaki & Perempuan).
Tips: Cetakkan kad kahwin anda dalam 1-2 warna, kebiasaanya cetakan yang melibatkan warna penuh atau 4 warna agak mahal berbanding 1 & 2 warna sahaja. Saya cadangkan size A4 kerana ia tidak melibatkan kos potongan kad atau istilah percetakannya ‘die cut’.
7. Beli barang masa ‘SALE’.
Anda cuma perlu alert dengan promosi-promosi sale yang kebiasaanya dilakukan 1 bulan sebelum sale. Catatkan di kalendar supaya anda tidak ‘miss’ tarikh sale tersebut.
8. Elakkan bersalin banyak kali.
Bersalin?Hehe..mesti ada yang terkejut bila cakap bersalin, maksud saya persalinan pakaian untuk fotoshoot dan sebagainya.
Tips: Pinjam or ‘recycle’ pakaian dari kakak atau abang, saudara mara dapat menjimatkan kos.
9. Elakkan buat majlis pada cuti sekolah.
Ya betul tu. Bila cuti sekolah kebiasaannya harga barang-barang akan naik melambung tinggi. Belilah barang-barang untuk menu anda lebih awal untuk mengelakkan kos yang lebih mahal.
10. Hantaran tak perlu banyak.
Dengan kreativiti anda, hantaran tidak nampak ‘murah’ dan biar sedikit tapi nampak ‘mahal’. Sekarang ramai yang buat hantaran dengan cuma dengan coklat bar, macarons, dan pelbagai lagi, terpulang pada kreativiti anda.
Diharapkan tips-tips ni dapat mengurangkan kosperkahwinan anda cuma dengan menjadi ‘kreatif’ dan delegatekan kawan-kawan untuk membantu anda bukan sahaja pada kadjemputan tetapi juga perkara-perkara lain seperti kek perkahwinan, makeup, fotografi, hantaran, pelamin dan sebagainya. Tidak semestinya dengan pelaburan kecil anda majlis anda tidak meriah.
Semoga tips ini membantu anda.
Sekian.
Artikel ditulis oleh:
Supian Mustapa,
Graphic Design
MosumArt Design Enterprise, Kuala Lumpur
Nice tips!